03 May 2016

Fanpage Official Untuk Resepi Abang

Assalam,

Sebelum saya bermula lebih jauh la dengan blog ini. Saya sudah prepare beberapa entry dan perkara yang perlu.

Untuk memastikan blog ini terus berkembang, saya telah mewujudkan sebuah facebook fanpage khas untuk blog ini. Dimana didalam dunia internet ini, kita perlu bergerak lebih kedepan.

Sebab apa Facebook Fanpage?

Tujuannya adalah untuk mengeratkan hubungan antara pembaca dan bakal pembaca blog ini. Dan berkemungkinan akan saya akan cuba untuk membina akaun instagram dan Twiter pula.

Bagi anda yang ingin menjenguk facabook fanpage kami, boleh terus klik di link dibawah
https://www.facebook.com/Resepi-Abang-Official-1719523834995749/



01 May 2016

Pengenalan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Dimulakan dengan lafaz ( بسم الله الرحمن الرحيم ) , saya mulakan bicara salam pengenalan kepada anda yang mengikuti blog yang baru saya bina ini.

Nama panggilan saya untuk blog ini adalah Syazwan Jaudin. Ianya adalah nama yang sama saya gunakan untuk beberapa blog yang telah saya bangunkan sebelum ini. Seperti blogleadertalk.blogspot.my dan ideaprojek.blogspot.my

Tujuan saya membangunkan blog ini adalah untuk berkongsi beberapa resepi dan pengalaman saya ketika terpaksa menyediakan masakan dirumah apabila isteri tiada dirumah. Bukan kata saya tidak pernah masuk dapur, saya pernah masuk dapur tapi tidaklah seperti menyediakan masakan yang berat-berat untuk santapan keluarga.


Untuk pengetahuan anda, pada ketika saya bujang, saya hanya biasa memasak makanan ringkas seperti mee segera dan telur. Jika hendak makan nasi, saya hanya menggoreng telur sahaja. Tetapi kekadang saya masak juga ayam goreng apabila datang rajin. Hehehe..

Apa beza bujang dan sudah berkahwin?

Apabila sudah berkeluarga, cara susun atur perjalanan aktiviti harian adalah sangat unik. Ini kerana, kita memang selalu merancang untuk setiap aktiviti harian kita, tetapi sering terjadinya perkara diluar perancangan kita. Dan kita terpaksa uruskan dan susun atur semula jadual perancangan harian kita.

Kehidupan waktu bujang adalah sangat mudah. Selalunya kita berjaya merealisasikan apa yang kita rancang setiap hari.

Apabila sudah mempunyai anak, susunan jadual adalah termasuk dengan waktu makan mereka. Dan setiap perancangan penyediaan makanan mestilah siap pada waktunya.

Bila mula memasak untuk keluarga?

Adegan masak memasak ini bermula sekitar 6 tahun dahulu apabila isteri bekerja mengikut shift. Sedikit sebanyak memberi kesan kepada jadual permakanan keluarga.

Pada mulanya saya hanya menyediakan lauk yang ringkas seperti telur sahaja. Tetapi lama kelamaan, kami menjadi muak untuk menjamu dengan lauk yang sama setiap hari. Maka dari situ saya mula belajar memasak pelbagai jenis lauk seperti ayam goreng, telur masak kicap, sayur goreng dan sebagainya.

Maka, dari situlah bermula minat untuk memasak dan mencari pelbagai resepi untuk dimasakkan.

Tetapi harus diingat, tidak semua resepi yang saya kongsikan adalah makanan yang pernah saya masak dan sediakan. Adakala, saya hanya kongsi sahaja.